Sabtu, 18 April 2020

Kisah Seram - Lembaga

Wawan Setiawan Tirta
Saya Sarai. Cerita ni sudah hampir 2 tahun berlalu. Saya berasal dari Johor Bahru dan ingin berkongsi pengalaman saya semasa bekerja sebagai pembantu gerai. Biasalah kerja macam saya ni balik tak tentu, kadang2 sampai pukul 1.00 pagi, itu pun kalau habis jualan. Maklumlah kerja dengan orang, terpaksa ikut sajalah.

Dipendekkan cerita pada satu hari tu, saya balik hampir pukul 2.00 pagi sebab nak kemas semua barang. Saya pegi kerja hanya dengan berbasikal saja, sebab rumah saya tak berapa jauh dari tempat saya bekerja. Saya pun bersiap2 untuk pulang ke rumah sebab jam sudah pukul 2.00 pagi. Jalan menuju ke rumah saya pulak sunyi. Kalau nak tahu rumah ni memang ke dalam sikit dan lorong rumah saya berdekatan dengan rumah kosong. Semasa saya lalu kawasan lorong rumah saya hati saya dah rasa lain macam je, maklumlah pukul 2.00pagi, semua dah tidur dan cuma cahaya bulan saja menyuluh jalan.


Sampai di depan rumah kosong tu tiba-tiba basikal saya terus tak boleh gerak. Hati dan otak saya dah terfikir macam-macam masa tu. Saya pun toleh ke arah rumah kosong tu . Tiba-tiba terperanjat saya apabila saya terpandang seperti ada sesuatu sedang memerhatikan sambil mencangkung di atas tembok rumah kosong tu. Saya terpaku melihat lembaga tu. Matanya merah bersinar gigi taringnya panjang. Saya baca apa yang terlintas di fikiran saya, ada dalam 20 minit juga saya terpaku di situ sambil memandang ke arah lembaga tu. Sampailah lembaga itu hilang dari pandangan saya barulah basikal saya pun boleh bergerak. Saya terus masuk rumah basuh kaki ambik air sembahyang dan tidur.

Keesokan harinya saya ceritakan dengan arwah mak saya dengan apa yang saya nampak. Mak saya cakap, mak pun pernah nampak benda tu juga. Selepas tu saya terus berhenti kerja sebab tak berani balik lewat malam.

Terima kasih...